Aku tak cantik

Posted: September 1, 2011 in Uncategorized
Tags:

Subhanallah.. Aku bukan mengutuk satu dari ciptaan Dia tapi aku berani mengatakan fakta macam hanyalah sekadar untuk merasakan bahawa aku tak sempurna. Andai orang lain ada wajah dan fizikal yang cantik, aku mengaku aku bukan seperti kebanyakan mereka.yang muncul di kaca TV.

Cemburu?? Hamba Allah manalah yang takkan rasa cemburu melihat kecantikan orang lain. macam tu jugak la aku.. Kadang2 aku menangis mengenangkan diri aku sendiri. Tiap kali bila mama aku cakap pada aku yang aku ni banyak mewarisi ciri-ciri abah, aku langsung tak bersetuju. Bukan kerana alu tak suka atau tak sayangkan abah tapi aku rasakan yang aku taknak ada ciri-ciri seperti itu. Malah aku kadang2 jadi marah bila sampai ke satu tahap cemburu atau rasa tak suka yang aku tak boleh nak kawal.

Aku seorang yang sensitif. Mula2 bila aku dengar Dr. Fadzilah Kamsah cakap yang anak kedua ini seorang yang sensitif dan cukup menurut emosi, aku tak percaya. Lama.kelamaan perkara tu memang btul2 terjadi pada aku. Mmg bnar anak kedua ni snsitif dan mudah ikut emosi. Aku jadi cmburu bila aku dibandingkan dengam orang lain. Kalau mood aku baik, maka tak adalah aku kisahkan sangat. tapi bila terkena angin kus-kus aku datang, mmg perasaan cemburu itu hanya Allah je yang tahu.

Mungkin aku tak patut terlalu makan hati dengan kata-kata orang. Ya, itu kebenarannya. Aku tak boleh terpengaruh dengan perkataan yang dihamburkan orang di sekeliling aku. Biarlah orang lain cantik, aku kena terus bersyukur dengan apa yang Allah dh bagi kerana lebih ramai orang tak bernasib baik di luar sana.

Ya Allah aku mohon ampun di atas ketidaksyukuran aku pada setiap nikmatMu. Jauhkanlah aku daripada menjadi hamba yang kufur nikmat dan jangan jadikan aku hamba yang sombong, yang riak dan yang sering merungut dengan kurniaanMu. Ampunkan hambaMu ini,Ya Rabbi..

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s