Aku dah taw yang die sukakan aku. Dan dia tak ada masalah kalau aku katakan yang aku hanya anggap dia kawan. Kesimpulannya sekarang ialah, bila-bila masa je aku boleh suarakan ape yang aku rasa. Tapi kenapa aku tak mampu? Jujur aku katakan dia hanya seorang rakan dan tak lebih daripada tu. kenapa aku tak terus terang dengan die? dari sehari ke sehari die mula bangkitkan soalan-soalan yang aku tak boleh nak jawab. kalau ade jawapan untuk soalan tu sekalipun, aku takkan mampu nak jawab. Aku takut kalau aku mainkan perasaan dia. Tapi,aku tak pernah katakan pada die yang aku sukakan die. Mungkin ke sebab aku selama ni bagi respons terhadap msej2 die tu? kalau aku tak balas, die sendiri risau. Mule anggap yang aku marahkan die or what. Aku tak sampai hati nak buat die macam ni. Aku takut sangat kalau die anggap perasaan aku sama macam dia. Aku ade mase depan yang aku sendiri tak pasti. Aku ade cita-cita yang tak berapa jelas sama ada aku boleh capai atau tak tapi demi Allah,aku takkan putus asa. Dia selalu support aku. Dia tak kisah sampaikan dia sanggup cakap yang dia akan tunggu aku. Ya Allah! Aku takut kalau aku telah cuba membunuh hati seorang hambaMu yang soleh dan baik. Hanya Kau yang tahu ape rasa hati aku. Hanya Engkau sahaja yang dapat jelaskan isi hati aku. Bantulah & permudahkanlah segala urusan hambaMu ini
0
Advertisement
