semakin hina rasanya…

Posted: June 18, 2010 in sorrow, untuk sedarkan diri

Sudah 2 hari Atim tinggalkan aku dan dunia yang banyak penipuan ni.

Setiap kali aku teringat Atim, setiap kali itu jugak lah aku rasa cemburu.

Cemburu kerana Atim dapat kemuliaan sehinggalah saat terakhir beliau di muka bumi.

Atim semasa hayat beliau, seorang yang sangat menjaga hukum Allah terutamanya muamalat antara muslimin dan muslimat, sangat-sangat menjaga hukum aurat wanita, beliau lebih takutkan kutukan Allah daripada manusia, tak pernah rasa gentar langsung bila manusia dan orang sekeliling beliau mengkritik, mengutuk dan memaki hamun beliau.

Tak pernah malu atau segan untuk menegur orang yang salah bila mana ianya melibatkan soal pahala dan dosa. Atim sanggup bersuara di tengah-tengah kelompok manusia yang tak pernah malu untuk melakukan dosa, menegur secara terus dengan penuh hemah dan berhikmah dengan yakin bahawa tindakan beliau itu adalah tuntutan dan kewajipan seorang Islam kepada saudara seimannya.

Aku yang melihat sepanjang perkenalan aku dengan beliau, aku mengaku, aku sangat mengagumi malah aku kekaguman aku terhadap keberanian beliau dalam melaksanakan kewajipan beliau sebagai seorang Islam telah membuatkan aku malu dengan  diri aku sendiri. Malu kerana aku tak punya kekuatan dan keberanian sebegitu.

Malu kerana kelantangan suara aku adalah untuk perkara-perkara yang belum tentu menjanjikan pahala, bukan seperti beliau, lantang suara dan kata-kata pada haknya.

Namanya juga sudah cukup untuk menggambarkan mungkin semangat dan roh Puteri Rasulullah telah menyerap dalam jiwanya. Beliau berkongsi nama dengan Puteri Rasulullah. Aku yakin bahawa sedikit sebanyak dia telah berjaya mengikut akhlak dan manners Fatimah Az-Zahra. MasyaAllah…

Cemburu aku ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Hari ini, beliau dah berjaya meninggalkan dunia yang penuh fitnah. Allah telah pelihara beliau dari mengharungi azab hari kiamat yang maha dahsyat. Subhanallah.. adakah aku berpeluang mati sebelum hari yang dijanjikan? Hanya kekasih Allah dan mereka yang beriman sahaja yang bertuah… aku sendiri tak pasti tapi jauh di sudut hatiku, aku sentiasa berdoa, matikanlah aku dalam keadaan beriman dan bertauhidkan Allah. Matikanlah aku dengan mulut aku menyebut Allah dan bukannya memanggil-manggil syaitan yang bertopengkan wajah ibu sendiri. Na’uzubillah. Jauhkanlah aku dari keadaan itu Ya Allah.

Dalam keadaan aku yang masih terlalu banyak dosa, masih mencari petunjuk sebenar, kehilangan Atim menyedarkan aku bahawa ajal tak pernah mengira usia. Malaikat maut itu sentiasa berada di sebelah kita. Aku yakin saat aku mencoretkan semua ini, malaikat maut ada bersama aku, meneliti adakah saat-saat aku menghampiri kematian aku masih mengingati Pencipta aku sendiri…

Allah .. Allah.. Allah…

Makin aku banyak berbicara makin tak tertahan aku mengenangkan berdosanya aku sebagai seorang hamba. Aku sedar, tetapi apabila melalui hari-hari seterusnya aku masih lagi melakukan dosa.

Aku takut Ya Allah, aku takut Kau tarik nyawa aku dalam saat aku membelakangi perintah dan  suruhan-Mu.. Na’uzubillahi min zaalik..

Atim sangat bertuah. Walaupun nyawa dan jasad telah berpisah, walau jasad sudah aman bersemadi di dalam perut bumi Allah, sampai ke saat ini, dia berjaya mengingatkan aku kepada Allah..

Ya Rabb.. terima kasih atas kurniaan seorang kawan yang mendekatkan aku padaMu..

Rahmatilah roh dan jasadnya Ya Allah…

Moga aku dapat bertemu dengannya di syurgaMu, Ya Allah.. Amin…

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s